KAEDAH MENJAGA KESELAMATAN DIRI

Kaedah Menjaga Keselamatan Diri

Saya ingin membincangkan beberapa masalah dalam menjaga keselamatan diri kita. Sebelum itu saya ingin mencadangkan sesuatu.
  1. Tempatkan Self Defender Spray yang anda beli di tempat yang sesuai. Apabila anda menaiki kereta dibahagian memandu, sebelah kanan, anda akan lihat pintu kereta disebelah kanan anda ada ruang / lubang kecil untuk meletakkan sesuatu seperti duit, resit dan sebagainya. Saya sarankan kepada anda untuk meletaknya disitu. Kerana ianya mudah dicapai jika terdesak. Kadang-kadang ketika memandu, mungkin individu yang tidak baik memasuki kenderaan anda melalui pintu sebelah kiri anda. Pada masa tersebut anda boleh mencapai Self Defender Spray anda dan semburkan ke muka individu tersebut. Jika enjin anda hidup, matikan dan ambil kuncinya dan hidupkan siren. Kereta zaman sekarang dilengkapi alat pengera dua butang. Satu untuk mengunci kereta dan satu butang lagi jika ditekan akan mengeluarkan bunyi kereta secara terus. ini penting bagi menarik perhatian orang lain untuk pergi kearah anda dan anda akan mendapat pertolongan. Butang itu juga berguna sebagai wisel, katakan individu yang jahat tidak dapat memasuki kereta anda dan anda didalamnya tetapi mengelilingi kereta anda untuk menahan anda dari memandu, tekan sahaja butang tersebut supaya siren kereta berbunyi dan mereka pasti melarikan diri. Paling baik adalah jika anda membawa kamera digital kemana-mana, ambil peluang untuk tangkap gambar mereka. Apabila muka mereka disembur denganSelf Defender Spray  , individu yang jahat itu tadi akan mengelupur dan kesan semburan boleh berlarutan selama 2 jam (paling kuat dalam masa 15 minit). Yang penting anda tenang dan ambil peluang tangkap gambar mukanya. Dalam 10 minit anda mesti pergi mendapatkan bantuan. Jika anda terlepas silalah melaporkan kepada polis secepat yang mungkin.

  2. Elakkan dari melalui lorong-lorong gelap dan berhati-hati dikawasan yang padat dengan orang-ramai. Orang yang sentiasa menoleh selalunya menyukarkan individu yang jangan ini bertindak dan membatalkan niat jahat mereka terutamanya peragut. Sentiasalah memerhatikan sekeliling. Elakkan dari lalui rapat dengan individu lain. Letakkan Self Defender Spray di dalam kocej baju atau seluar supaya senang dicapai. Apabila mendapati ada individu yang menghampiri anda dan dijangka akan menjadi rapat, masukkan tangan anda dalam poket dan secara senyap pegang Self Defender Spray didalam kocek. Pegang beg tangan anda. Apabila ada individu menuju kearah anda terus lihat kearahnya. Biasanya jika individu itu berniat meragut, mereka akan pantas menarik beg anda atau memukul anda. Jika keadaan itu hampir berlaku, Keluarkan Self Defender Spray dan sembur sambil memegang beg anda. Sebaik sahaja terkena semburan individu tersebut pasti akan terlepas beg anda dan menyapu matanya. Pukul tempat yang paling lemah / tangkap gambar dan lari ke tempat ramai orang dan minta bantuan, telepon polis untuk perlindungan. Yang penting jangan panik dan jangan takut serta jangan belas kasihan. Jika individu jahat tersebut lebih kuat dari anda, sembur lagi dengan Self Defender Spray dan lari mendapatkan bantuan.

  3. Sentiasa membawa rakan-rakan seramai mungkin atau yang gagah perkasa bersama-sama tetapi anda mesti arif dan kenal asal-usul dia dan keluarganya.

  4. Elakkan dari memakai pakaian menarik perhatian macam mahal sebagainya. Elakkan dari memakai barang kemas yang begitu banyak atau terpamir dengan mudah.