KES-KES JENAYAH DI MALAYSIA

Kes-Kes Jenayah di Malaysia

Ini bukanlah bertujuan menakut-nakutkan anda. Saya membentangkan kes-kes tersebut sebagai satu ajakan kepada anda supaya berhati-hati dengan sekeliling anda. Zaman yang maju, manusia juga semakin cerdik. Begitu juga mereka-mereka yang melakukan perkara yang salah seperti rogol, culik, rompak dan sebagainya, idea mereka dan kelengkapan mereka sentiasa berubah dan sasaran mereka adalah mereka yang paling lemah, mudah lupa dan suka bersendirian.

Tukang jahit maut diragut dua lelaki

IPOH 14 Dis. - Insiden ragut mengorbankan mangsanya berlaku lagi apabila seorang tukang jahit, Chang Poh Wan, 29, menemui ajal akibat terjatuh daripada motosikal setelah beg tangannya diragut di Batu 10, Jalan Jelapang-Chemor, di sini petang semalam.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, meninggal dunia di Hospital Ipoh pada pukul 7 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Che Sab Hanafiah berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 1.30 petang, wanita yang masih bujang itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Kuang, Chemor di sini.

Katanya, tiba-tiba muncul dua lelaki yang menaiki motosikal, meragut beg tangan mangsa menyebabkan dia terjatuh dan cedera parah di kepala.

``Mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan oleh orang ramai ke hospital dan disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 7 malam, selepas kira-kira lima jam bertarung nyawa,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini hari ini.



Kes bunuh Noradihasnina: 4 ditahan

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Polis percaya telah menyelesaikan kes pembunuhan Noradihasnina Nor Kamal, 23, dengan tertangkapnya empat orang termasuk seorang suspek utama dalam operasi yang bermula petang semalam hingga awal pagi ini.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki yang salah seorangnya dipercayai teman lelaki Noradihasnina dan seorang wanita yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Tiga kenalan lelaki Noradihasnina yang ditahan sebelum ini untuk membantu siasatan telah dibebaskan setelah kenyataan mereka diambil.

sumber : utusan (klik disini)


Pelajar terkejut jadi mangsa ragut abang sendiri

KUCHING 14 Jun - Seorang pelajar sekolah, Dayang Nurafri Awang Sahari, 17, tergamam kerana tidak menyangka salah seorang peragut yang berjaya ditarik dari sebuah motosikal adalah abangnya sendiri.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, Dayang Nurafri memberitahu, ketika kejadian petang semalam, dia dalam perjalanan pulang dari kedai berhampiran rumahnya di Kampung Semariang Batu apabila didekati oleh dua peragut bermotosikal dari arah belakang.

Peragut berkenaan menghampirinya dan menarik seutas rantai emas bernilai RM200 yang dipakainya.

Bagaimanapun dia yang terkejut bertindak menarik baju pembonceng motosikal berkenaan sehingga terjatuh dan sempat bergelut dengannya buat seketika.

Namun gadis itu tergamam sehingga tidak mampu untuk menjerit meminta pertolongan selepas mendapati lelaki berkenaan adalah abang kandungnya sendiri.

Abangnya itu kemudian menolaknya dan terus menaiki motosikal yang menanti tidak jauh dari situ untuk melarikan diri.

Mangsa yang lebam pada tangan serta dagunya, turut mengenal pasti penunggang motosikal yang melakukan jenayah bersama abangnya itu adalah rakan sekampungnya.


Usia 7 tahun sudah terlibat dengan jenayah

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Empat kanak-kanak berusia tujuh tahun merupakan antara 5,996 juvenil yang ditahan kerana terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Deputi Supritenden Rasdi Ramli berkata dua kanak-kanak berumur lapan tahun, 11 kanak-kanak berumur sembilan tahun, 23 orang berumur 10 tahun dan 23 lagi berumur 11 tahun, juga merupakan antara yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dalam tempoh itu.

Menurutnya perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan bahawa 5,996 remaja itu ditahan kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk kes bunuh, pecah rumah, samun dan rogol.

Menurutnya peringkat umur antara 16 dan 18 tahun merupakan jumlah kumpulan tertinggi kalangan remaja yang terbabit dengan jenayah sehingga menjangkau 4,363 orang remaja, dan ia diikuti dengan kumpulan berumur antara 13 dan 15 tahun seramai 1,472 orang.


Polis yakin suspek bunuh pelajar masih berada di KL

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Polis yakin dua suspek yang dilihat dalam pita rakaman selepas kes bunuh seorang pelajar Sekolah Antarabangsa Garden Sri Hartamas, Khairul Anuar Salim, 18, di Jalan Melor, Taman Muda, Ampang, di sini pada 26 November lalu masih berada di kawasan sini.

Ini kerana, sehingga kini masih tiada maklumat menyatakan mereka (suspek) telah meninggalkan Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Azri Ahmad berkata, berdasarkan maklumat hasil penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) semalam, dua suspek terbabit dipercayai masih bersembunyi di kawasan berhampiran.

``Dua suspek berusia 20 hingga 30-an itu sukar melarikan diri kerana polis sedang giat melakukan sekatan jalan raya,'' katanya di sini hari ini.

Menurut Azri, siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masih dijalankan.

``Polis kini sedang dalam proses membuat dan mengenal pasti lakaran wajah dua suspek berkenaan,'' jelas beliau.

Sementara itu, Penyelaras Projek Koordinator Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya menghubungi talian Rakan Cop untuk membantu siasatan polis.

``Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kepada polis untuk mengelak dan mengurangkan kejadian jenayah kejam sebegini daripada berulang.


Penyelia kilang mangsa ragut mati

PULAU PINANG 14 Okt. - Insiden ragut mengorbankan mangsanya berlaku lagi apabila seorang penyelia sebuah kilang, Wong Moe Sheng, 54, menemui ajal setelah diragut oleh dua lelaki bermotosikal di Paya Terubong, di sini, petang semalam.

Mangsa yang terjatuh ke atas jalan, mengalami kecederaan serius akibat pendarahan di kepala dan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 1 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Senior Asisten Komisioner II Mohd. Ali Mohd. Yusuf berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 6 petang, wanita yang masih bujang itu sedang berjalan bersendirian untuk membeli makanan.

Katanya, sejurus keluar dari rumah, muncul dua lelaki bermotosikal dari arah belakang lalu meragut beg tangan mangsa.

``Tarikan yang kuat itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan dan mengalami cedera parah di kepala. Mangsa kemudiannya tidak sedarkan diri,'' katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital oleh orang ramai.



2 direman bantu siasatan kes bunuh Mak Wan

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Dua rakyat Indonesia yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes pembunuhan Mak Wan Ayob, 74, ibu kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Khairudin Abdul Samad ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua suspek yang merupakan pembantu rumah kepada adik perempuan Khairudin berusia 28 tahun serta teman lelakinya, 20, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Menurutnya, perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Azniza Mohd. Ali.

``Kedua-dua rakyat Indonesia itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,'' katanya.

Ujarnya, mereka (suspek) ditahan semalam iaitu kira-kira lima jam selepas mayat Mak Wan ditemui.

Katanya, polis turut menemui barang-barang kemas yang dipercayai dirompak dari rumah adik perempuan Khairudin.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi upacara pengkebumian Allahyarham Mak Wan yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa selepas solat Zuhur di sini hari ini. 



Polis cari Azakir bantu siasatan kes rogol guru

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Polis mencari seorang lelaki untuk membantu siasatan kes seorang guru wanita dari Ipoh, Perak dirogol dan dirompak sebelum ditinggalkan dalam semak di Sungai Buloh, Selangor dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Mohd. Nadzri berkata, lelaki itu ialah Azakir Fadzil atau Zaki, 31, seorang penganggur, beralamat terakhir di No. 42, Kampung Tersusun, Batu 6, Tambun, Ulu Kinta, Perak.

Beliau berkata, pihaknya amat memerlukan kerjasama lelaki itu membantu menyelesaikan kes tersebut.

``Kita berharap orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana Azakir berada supaya menghubungi polis dengan segera,'' kata beliau.

Tambah beliau, orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Gombak, Deputi Supritendan Tan Dau Kin di talian 03-6138 5222.

Dalam kejadian Rabu lalu, sekumpulan lelaki bersenjatakan parang mengikat dan melarikan seorang guru wanita selama hampir enam jam dari kediamannya di Ipoh, sebelum merogolnya dan ditinggalkan dalam semak di Sungai Buloh, Selangor.



Pencabul bersiri' dihukum lagi

IPOH 16 Dis. - `Pencabul bersiri' yang pernah disabitkan melakukan 10 kesalahan yang sama di beberapa negeri sejak 14 tahun lalu, hari ini sekali lagi dihukum penjara lapan tahun serta sebatan enam kali.

Mengikut rekod jenayah, Aris Mohamed, 48, pernah didakwa melakukan kesalahan itu di Pulau Pinang, Kedah dan Perak serta satu lagi kes yang belum dibicarakan di Negeri Sembilan.

Sepanjang dakwaan terhadapnya di mahkamah termasuk kes rogol, curi dan tipu pula, Aris yang bekerja sebagai jurujual syarikat jualan langsung itu telah dijatuhkan hukuman penjara berjumlah kira-kira 50 tahun, denda dan sebatan 29 kali.

Berikutan dua kesalahan rogol sahaja di Pulau Pinang pada tahun 1984, bapa kepada lima anak itu pernah dihukum penjara 12 tahun dan 15 tahun bagi setiap satu kesalahan.

Hari ini, Aris dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pindaan mencabul seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dalam satu kejadian di Taman Klebang Ria, pada 8 Julai 2003.

Hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia didakwa di mahkamah iaitu pada 2 Februari lalu dan mahkamah turut menetapkan supaya Aris diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas dibebaskan kelak.

Malah semasa dijatuhkan hukuman hari ini, dia sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun juga atas kesalahan mencabul membabitkan kes di Kuala Kangsar, Parit dan Bota yang dilakukan di sekitar tahun 2003.


Kes bunuh setiausaha disebut 27 Feb.

SHAH ALAM 17 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Februari ini bagi sebutan semula kes terhadap seorang pemandu teksi, Mokhtar Mohd. Zain yang menghadapi tuduhan membunuh dengan menembak mati setiausaha sulit, Siti Shamiza Ab. Zarim.

Kejadian itu berlaku di pekarangan kawasan letak kereta Pasar Raya Giant, Batu Caves, Mac tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zaharah Ibrahim menetapkan tarikh tersebut setelah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin bahawa pihaknya baru menerima afidavit balasan daripada pembelaan.

Menurut beliau, pihaknya memerlukan masa untuk menelitinya disebabkan banyak isu mengenai fakta yang ditimbulkan.

Sehubungan itu, pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan afidavit jawapan kepada afidavit pembelaan.

sumber : utusan (klik disini)


Kes rogol: Nasib jurulatih PLKN ditentu 5 April

KUALA TERENGGANU 14 Mac - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 5 April ini untuk membuat keputusan sama ada jurulatih, Zuki Mohd. yang didakwa merogol seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dipanggil membela diri atau sebaliknya.

Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti lebih lanjut penghujahan bertulis daripada pihak pendakwa dan pembela sebelum sebarang keputusan dibuat.

Kedua-dua belah pihak, Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah, peguam Mat Yusoff Mohamad termasuk tertuduh hadir pada prosiding perbicaraan hari ini.

Zuki, 30, didakwa telah merogol seorang pelatih PLKN yang kini berusia 19 tahun antara pukul 7.28 malam dan 9.10 malam, 28 Februari tahun lalu dalam sebuah kereta di sebuah kawasan pertanian Ru Tapai, Setiu.

Anggota tentera berpangkat koperal itu dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Perbicaraan yang membabitkan tertuduh itu bermula sejak 27 Jun tahun lalu dan pihak pendakwa telah memanggil 17 orang saksi.


Pengecat rumah cuba ragut rantai lelaki dipenjara dua tahun

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Seorang pengecat rumah dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah cuba meragut seutas rantai leher emas milik seorang lelaki yang sedang membeli minuman di sebuah gerai.

Majistret Nazran Mohd. Sham memerintahkan hukuman terhadap Mah Yoon Keong, 31, berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 2 Ogos lalu.

Yoon Keong yang memakai baju-T dan berseluar pendek kelihatan sayu ketika hukuman itu dibacakan terhadapnya.

Dia didakwa telah cuba meragut seutas rantai leher emas miliki S. Rajamal, 28, kira-kira pukul 1.40 petang, 2 Ogos lalu, di Jalan Landak off Jalan Pudu di sini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Yeak Tiew Poh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman, Yoon Keong memberitahu bahawa dia adalah penanggung tunggal keluarganya yang terdiri dari ibu, bapa dan neneknya yang sudah tua.

``Saya mencuri rantai itu atas pengaruh kawan-kawan dan desakan kehidupan kami yang miskin. Mohon hukuman saya diringankan,'' kata Yoon Keong.

Tiew Poh pula bangun sambil menyatakan bahawa tertuduh mempunyai empat kesalahan lampau yang dilakukannya antara 27 Januari 1994 dan 1 Oktober 2001.

``Mohon mahkamah mengambil kira bahawa tiga di antara kesalahan lampau tertuduh adalah membabitkan kesalahan yang hampir sama iaitu mencuri.



6 direman kes bunuh eksekutif pemasaran

SUNGAI PETANI 17 Jan. - Enam lelaki dipercayai bekerja di sebuah kelab rekreasi di sini berusia antara 20 tahun dan 40 tahun ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap, 25, yang dipercayai dirogol sebelum dibunuh pada Sabtu lalu.

Perintah tahanan reman itu yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Azizah Mahmud petang ini.

Enam lelaki yang diberkas di sekitar bandar ini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Polis menjalankan siasatan terhadap enam lelaki itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 kanun yang sama.

Gaik Yap yang tinggal di Flat Paya Nahu di sini pada awalnya dilaporkan hilang ketika berjoging bersama adik perempuannya berusia 24 tahun di kawasan perumahan kelab rekreasi itu pada pukul 7 petang Sabtu lalu.

Adik mangsa dipercayai tidak dapat mengesan kakaknya yang berjoging di hadapannya dan keluarga mangsa yang gagal mengesan Gaik Yap selepas itu membuat laporan polis pada pukul 8.45 malam.

sumber : utusan (klik disini)


Rogol: Pelayan dipenjara 12 tahun, sebat

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Seorang pelayan bar dihukum penjara 12 tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah merogol seorang rakan sekerjanya yang berusia 18 tahun kira-kira lima tahun lalu.

Hakim Nursinah Adzmi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap P. Velan, 26, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan melampaui munasabah dalam kes berkenaan.

Sebelum hukuman itu dijatuhkan, Nursinah berkata, beliau bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dalam kes rogol, mangsa akan mengalami trauma sepanjang hayatnya dan tidak akan tamat sebaik sahaja kesalahan ini selesai dilakukan.

Berikutan itu, Nursinah yang memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai hari ini, memutuskan menolak permohonan Velan melalui peguamnya, Patrick Dass untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Velan didapati bersalah merogol rakan sekerjanya kira-kira pukul 8 malam, 21 Ogos 2000 di sebuah bilik stor, tingkat sembilan, Hotel Legend, Jalan Putra, di sini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.


672 gadis jadi mangsa rogol tujuh bulan pertama 2005

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Seramai 672 gadis bawah umur dilaporkan menjadi mangsa rogol sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan Operasi Bukit Aman, Asisten Komisioner Abdul Halim Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 491 gadis berusia di bawah 15 tahun manakala selebihnya 16 hingga 17 tahun.

``Bagi kes melibatkan mereka berusia lebih 18 tahun pula, seramai 358 orang dikesan menjadi mangsa rogol.

``Jumlah keseluruhan gadis menjadi mangsa rogol antara Januari hingga Julai tahun ini ialah 1,030 orang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Persidangan Kebangsaan Pencegahan Jenayah 2005 anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini hari ini.

Menurut Abdul Halim, jumlah kes rogol dilaporkan tersebut berkurangan sebanyak 17 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

``Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun lalu, gadis yang menjadi mangsa rogol seramai 1,047 orang.

``Bagaimanapun, dari segi pecahan statistik tahun lalu, gadis berusia bawah 15 tahun merupakan paling ramai menjadi mangsa iaitu 501 orang.



Ibu mengamuk anak dirogol bapa sendiri

"Sabar makcik.. sabar. "Letakkan parang tu.. banyakkan bersabar dan mengucap,'' seru Cif Inspektor Salmiah Ahmad mententeramkan seorang ibu yang mengamuk apabila mengetahui anaknya dirogol suami sendiri.

"Saya tidak percaya!

"Ini semua tidak betul,'' teriak ibu berusia 40-an itu sambil menghayun sebilah parang di tangannya.

Salimiah dan dua anggota polis lain terpaksa mengelak dan berundur. Beberapa batang pokok termasuk pokok pisang tumbang ekoran serangan wanita itu.

Perasaan kecewa, marah dan kesal menyelubungi jiwa, menyebabkan wanita tersebut hilang pertimbangan.

Dalam tempoh 15 minit, ibu kepada mangsa berusia 13 tahun itu menghayun parang menghalau sesiapa sahaja yang cuba mendekati kawasan mayat bayi ditanam.

"Melihatkan pokok-pokok pisang yang putus dicantas, tiada sesiapa berani dekati kawasan tersebut,'' jelas Salmiah yang baru melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1986.

Keadaan kembali reda apabila ibu malang itu keletihan dan rebah di atas tanah.

Dengan berbaju kurung, Salmiah, para anggota dan pegawai bertugas bergegas memegang ibu mangsa dan merampas senjata miliknya.

Perasaan sebak menguasai jiwa Salmiah apabila melihat mayat reput anak kecil tidak berdosa dibungkus dan ditanam oleh wanita itu dan suaminya.

Adakah anda sanggup menjadi mangsa seperti diatas? kenapa tidak bersedia dengan SELF DEFENDER SPRAY ? Adakah anda rasa cukup dengan memahirkan diri melalui silat, karate dan teakwondo? Saya memerlukan senjata jarak jauh ! yang dibenarkan dinegara kita? Saya pilih SELF DEFENDER SPRAY , Anda bila lagi ?